Sunday, May 25, 2008

HANTARAN KEDUA-DUA BELAH PIHAK

Alhamdulillah majlis pertunangan berjalan dengan lancar. Inilah gambar hantaran daripada kedua-dua belah pihak. Pihak perempuan bertemakan warna biru , pihak lelaki pula bertemakan warna oren

SELAMAT BERTUNANG

Selamat bertunang semoga ianya berkekalan dan berakhir ke gerbang perkahwinan. InsyaAllah majlis perkahwinan akan diadakan pada 1 Jun 2008.

Wednesday, May 21, 2008

GUBAHAN MAKANAN RINGAN

Gubahan makanan ringan ialah "butter cookies" dan coffee 3 in 1 "el-cafe jenama ELKEN dibungkus dengan kain lace dan dihias dengan reben dan bunga.Kemudian ianya dilerakkan atas polisterin biru bagi mewujudkan keseragaman dengan gubahan yang lain.


SEJADAH LAMBANG SOLAT

Sehelai sejadah sebagai lambang solat. Dilipat dengan penuh ketelitian dan kekemasan, dihias dengan reben biru dan putih perak dan dipersembahkan di atas dulang beralaskan tapak polisterin yang dihias indah dengan gabungan warna biru dan putih perak. Wow...... sejuk mata memandang.

SEPASANG BAJU MELAYU DAN SONGKOK


Kain baju melayu sepasang bersama songkok menjadi hantaran hati kepada pihak lelaki. Kain baju melayu digulung seperti kek gulung dan bahagian luarnya di balut dengan kain lace putih perak. Songkok pula diikat dengan reben putih perak dan dihias dengan bunga biru.

Saturday, May 3, 2008

hmm...hmm...sedapnya kek coklat tu......

Amacam.......... meleleh air luir tak tengok kek coklat ni. Kek ni buat sendiri tau "Home made baking". Tak perlu nak hias berlebihan.Hanya letakkan sahaja kek itu atas dulang......dah jadi satu hantaran. Senang kan.

ehem....ehem....cincin pertunangan

Inilah gubahan hantaran yang terpenting.Masih mengekalkan konsep yang sama iaitu menggunakan tapak polisterin berwarna bitu. Bunga rampai dan cincin disatukan dalam satu dulang hantaran. Bunga rampai dibungkus di dalam kain organza dan dihias dengan renda dan bunga serta diletakkan di dalam bekas porselin. Konsep bunga rampai ini ialah 'HARUMAN BERPANJANGAN' di mana selepas digunakan sebagai barang hantaran ini bunga rampai tersebut boleh diletakkan di dalam kereta sebagai pewangi kereta. Dibahagian tengah ialah sebentu cincin yang diperbuat daripada perak dan diukir disebelah dalamnya nama pasangan yang bertunang sebagai kenagan pertunangan.

Friday, May 2, 2008

Gubahan buah-buahan

Ini ialah gambar gubahan buah-buahan. Polisterin sebagai tapak hantaran lepas tu balutkan dengan dengan kertas kedut-kedut warna biru. Kertas tu tak mahal,jimatlah juga. Satu gulung tu boleh dapat balut dalam 7 tapak polisterin lepas tu hiaslah mengikut kreativiti masing-masing. Tempat isi buah-buahan tu diperbuat daripada guni. Tapi bukanlah guni beras atau guni bawang ye. Kain guni ni khas untuk hantaran dijual seperti sekeping kain, lepas tu kita jadikannya bakul tak susah, tak payah guna mesin jahit pun semuanya guna gam sahaja. Lepas tu hiaslah luar bakul guni tu dengan reben dan bunga. Lepas dah siap bakul isilah dengan buah-buahan yang sesuai dan cantik dipandang mata. Tengok buah-buahan tu nampak kilatkan?????? nak tahu tak apa rahsianya nak bagi buah-buahan tu berkilat. Caranya ialah kita sapu je buahan-buahan tersebut dengan minyak zaitun kalau tak ada minyak zaitun, minyak masak biasa pun oklah.....Selamat mencuba

GAMBAR SEMUA HANTARAN

Inilah hasil semua gubahan hantaran yang dihasilkan. Macam mana ada kelas tak? Tema warna biru menjadi pilihan dan rasanya aku kombinasi warna ini sangat menarik. Barang-barang untuk buat hantaran ni dibeli di kedai sayangku handcraft dekat Klang, sebab harga barang-barang di situ berpatutan dan semuanya terkini dan mengikut perkembangan zaman. Jumlah hantaran semuanya 9 dulang dan ianya berjaya disiapkan dalam masa 3 hari, melecur jugalah tangan sebab terkena 'glue gun'. Tapi takpelah sebab hasilnya memuaskan hati . Rasa-rasanya lepas ni bolehlah buat 'buisness'. ceeeewah..............ada sambutan ke?????

MAJLIS PERTUNANGAN

MAJLIS PERTUNANGAN
NOR HAFIZAH BT MOHD SUHADIS
September 2007: Alhamdulillah telah selesai majlis pertunangan adik saya yang ketiga. Perkara yang tak dapat saya lupakan ialah pengalaman membuat dan menyiapkan gubahan hantaran untuk dibalas kepada rombongan pihak lelaki. Inilah pengalaman pertama aku membuat hantaran dan tak sangka rasanya aku berjaya menghasilkan gubahan hantaran yang boleh dikatakan cantik dan menarik. Adik aku pun berpuas hati nampaknya dengan hasil kerja tangan aku.